Dalam hidup ni, setiap
orang mendambakan seorang sahabat yang sejati. Korang pernah dengar kisah-kisah
persahabatan yang meruntun jiwa. Kisah-kisah persahabatan yang bila korang
baca, korang akan kagum dengan jalan cerita tersebut. Jom, aku kongsi dengan
korang satu kisah yang sangat-sanagt aku ingat sejak dari waktu kecil dulu.
Dan kisah ini, aku
masih ingat walaupun aku baca sejak dulu lagi. Mungkin korang pernah dengar.
bagi aku, ini memang kisah persahabatan yang sangat meruntun jiwa.
Terdapat dua orang
sahabat baik di sebuah kampung. Sejak kecil lagi, setiap perkara yang mereka
buat akan dilakukan bersama-sama. Dari meredah hutan, memancing, belajar dan
apa-apa sahaja sekalipun, mereka akan melakukannya bersama-sama. Pendek kata,
dimana ada sahaja, akan ada mereka berdua.
Seawal usia remaja,
negara mereka telah dilanda satu peperangan. Ini telah memaksa semua remaja
untuk melibatkan diri dalam bidang ketenteraan bagi mempertahankan tanah air.
Tidak terkecuali, dua orang sahabat ini. Mereka memasuki bidang ketenteraan
bersam-sama.
Pada suatu pagi yang
hening, tiba-tiba pihak musuh telah menyerang markas tempat tentera ini. Maka
suasana yang pada mulanya hening menjadi hingar bingar. Kdengaran buyi tembakan
mush memecahkan kesunyian pagi. Pihak musuh yang menyerang telah menembak
membabi buta. Maka, tunggag langgangla lah pihak tentera tadi termasuk dua
orang sahabt tadi.
Sesampainya mereka di
markas rahsia. Sahabat tadi mendapati bawah sahabat baiknya tiada di situ. Maka
dengan rasa kelam kabut, dia bergegas meminta izin kepada ketuanya untuk keluar
kembali ke tempat peperangan untuk mencari sahabtnya tadi. Tapi ketua itu telah
menolak seraya berkata " Untuk apa engkau kembali ke sana, sahabatmu telah
mati dan engkau mungkin akan ditembak musuh. Sia-sia sahaja. "
Oleh sebab terlalu
kasihkan sahabatnya. Maka, dia tidak mengendahkan arahan kaptenya tadi.
Selang setengah jam
kemudian, dia pulang dengan ada kesan tembakan di bahagian perut. Ketuanya
melihat seraya berkata. "Kan aku dah kata hanya sia-sia je" Sahabat
tadi menjawab " Tidak sia-sia wahai ketua, aku dapat mendengar
kata-kata terakhirnya" Kapten tadi mendengar sambil berkata dalam hati
"Hanya cakap kosong"
Namun, oleh sebab rasa
ingin tahu yang tinggi, maka ketua tadi datang semula kepada seraya bertanya.
"Sebenarnya apa yang dia telah katakan kepada kamu sehingga kamu sanggup untuk
menggadaikan nyawa kamu kepadanya?"
Jawablah sahabat tadi
sambil berkata " Saya tahu kamu akan datang kembali mencari saya"
Itulah kata-kata terakhirnya sambil tersenyum puas.
Dalam hidup ini, sukar
untuk kita mencari seorang sahabat yang dapat terima baik buruk kita. Seorang
sahabat yang mampu untuk bersama dengan kita masa susah dan senang. Sebanya,
kita tak mampu untuk berfikir apa yang ada dalam fikiran dan hati seseorang
itu.
Hatta seorang ibu
sekalipun, dia tidak mampu untuk membaca apa yang difikirkan oleh anaknya
walaupun dia yang melahirkan anaknya tersebut.
Satu hari nanti, bila
korang telah menemukan seorang sahabat sejati. Maka jagalah diri dia dengan
sebaik-baiknya kerana mungkin satu
hari nanti, korang takkan menemukan lagi
seorang lagi sahabat sepertinya. Sahabat sejati takkan sanggup menggadaikan
persahabatanya semata-mata keran cinta dan duit. Selalu korang tengok dalam
filem-filem melayu, seorang sahabt sejati lebih sanggup memendamkan perasaan
daripada melukakan hati kawannya tersebut.
Bagi aku, tiada satu
tips pun yang mampu menolong korang mendapatkan seorang sahabat sejati. Ia
datang secara tiba-tiba, dan ia akan kekal selama-lamanya. Berbahagilah korang
bila korang sudah mampu menyedarinya. ^^
Tidak ada komentar:
Posting Komentar